Monday 30 September 2013

2 Gambar Lelaki maut dipanah petir ketika berteduh di bawah pondok

Posted By: TTO Admin - 30.9.13


KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kedua-duanya dipercayai dipanah petir dalam kejadian ribut petir semalam.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Alsaggof Sadi, 35, seorang pekerja kontrak dari Kampung Sebandi Matang, Asajaya.

Kejadian berlaku sekitar pukul 6.15 petang ketika mangsa dan rakannya Ismawi Razali, 35, memberhentikan motosikal mereka di sebuah pondok di sepanjang lebuh Kuching-Samarahan untuk berteduh dari hujan lebat.

Mereka dikatakan telah menunggu keadaan hujan reda selama sejam - dengan Alsaggof berdiri sedikit terkeluar dari pondok tersebut apabila tragedi berlaku.

Pengguna jalan raya yang melalui tempat kejadian ternampak kedua-dua mangsa terbaring namun pada mulanya takut untuk mendekati mereka.

Selepas memberanikan diri, mereka mendapati Alsaggof sudah pun mati sebelum mengejarkan Ismawi yang masih bernafas ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak yang terletak berhampiran.

Keadaannya masih belum dapat dipastikan.

Anggota polis yang menyiasat tempat kejadian kemudian menghantar mayat Alsaggof ke Hospital Umum Sarawak untuk di bedah siasat. -The Borneo Post

16 Gambar majlis merisik Rozita Che Wan & Zain saidin di Carcosa Sri Negara

Posted By: TTO Admin - 30.9.13
Kuala Lumpur: Pelakon Rozita Che Wan akhirnya dirisik kekasih hati, Zain Saidin, 29, menerusi satu majlis yang berlangsung di Carcosa Sri Negara di sini, petang semalam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 50 tetamu terdiri daripada kaum keluarga kedua-dua belah pihak itu, berlangsung mulai jam 3 petang.

Pengurus kepada pelakon berusia 40 tahun itu, Afeeq Abd Wahab, berkata majlis itu diadakan secara tertutup bagi mengikut adat memandangkan pasangan terbabit tidak akan mengadakan majlis pertunangan. -BH





 
 



3 Gambar kemalangan maut, wanita sarat mengandung antara mangsa terlibat

Posted By: TTO Admin - 30.9.13

DUNGUN 29 Sept. - Impian seorang tukang rumah untuk menatap kelahiran anak keduanya tidak kesampaian selepas isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dan anak sulung mereka maut dalam nahas yang mengorbankan tiga nyawa di Kilometer 23, Jalan Paka-Al-Muktafi Billah Shah di sini, petang semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa terbunuh ialah Wan Ayuzita Wan Jusoh, 23, dan anaknya, Mohd. Amizie Azmi, 18 bulan, dan seorang penunggang motosikal, Mohd. Nor Samat, 57.

Kedua-dua beranak itu menaiki kereta jenis Proton Iswara dipandu suami kepada Wan Ayuzita, Azmi Mohamad, 41. Turut bersama mereka ialah dua anak saudara Azmi yang berusia 11 dan 14 tahun tetapi ketiga-tiga mereka hanya cedera ringan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Ahmad Zailani Yaacub memberitahu, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta yang dipandu Azmi terbabas semasa melalui lokasi tersebut lalu melanggar penghadang di sebelah kanan jalan.

Katanya, insiden itu menyebabkan keretanya melantun ke kiri dan melanggar motosikal tersebut dari arah bertentangan.


"Berikutan itu penunggang motosikal berkenaan tercampak sejauh 10 meter dan mengalami kecederaan parah di kepala serta meninggal dunia di tempat kejadian.

"Isteri serta anak Azmi yang berada di tempat duduk di sebelah pemandu pula tersepit dan turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Dungun di sini malam tadi.

Menurut Ahmad Zailani, ketika kejadian, kesemuanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Lubuk Lesung, Air Putih, Kemaman selepas berkelah di pantai Seberang Pintasan.

Sementara itu, anak kepada Mohd. Nor, Mohammad Keeri, 19, memberitahu, dia dan bapanya baru pulang dari kebun menuju ke rumah mereka di Felda Kerteh 4 dengan menunggang motosikal berasingan.

"Sampai di satu selekoh saya tengok sebuah kereta hilang kawalan menuju ke arah kami dan kami cuba mengelak tetapi kereta itu terus langgar bapa," katanya.

Jelasnya, dia tergamam melihat kejadian dan tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu kerana ayahnya yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia sejurus selepas kejadian. -Utusan

#Menyayat hati, takziah kepada keluarga mangsa

Kaki tersepit dalam lubang tandas, lebih sejam tahan sakit

Posted By: TTO Admin - 30.9.13
ANGGOTA bomba membantu Zamilah mengeluarkan kaki yang terperosok dalam lubang tandas.

Pasir Mas: Malang buat seorang suri rumah apabila terpaksa menahan sakit lebih sejam apabila kaki kanannya tersepit di dalam lubang tandas di bilik air rumahnya di Kampung Tanjung Chenok, Bunut Susu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.20 petang itu, Zamilah Ismail, 49, dikatakan masuk ke dalam tandas sebelum tergelincir dan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas.

Zamilah terpaksa diselamatkan sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang menerima panggilan kecemasan daripada suaminya.

Suami Zamilah, Shamsudin Seman, 53, berkata, ketika kejadian, dia ke madrasah berhampiran rumahnya untuk menunaikan solat Asar sebelum anak bongsunya, Nur Aisyah Anis,12, memanggilnya pulang ke rumah.

“Pada mulanya, saya ingatkan anak perempuan saya mahu meminta wang, tetapi saya terkejut dia memaklumkan yang ibunya tergelincir di dalam tandas menyebabkan kaki kanannya terperosok ke dalam lubang tandas.


“Saya segera pulang ke rumah dan melihat anak lelaki sedang membantu mengeluarkan kaki. Saya turut menyapu buih sabun pada kakinya, tetapi tidak berjaya,” katanya.

Katanya, ketika kejadian, hanya isteri serta dua anaknya, Nur Aisyah Anis dan Mohd Ikhsan Aris, 16, berada di rumah.

“Mungkin keadaan lantai bilik air ketika itu licin menyebabkan isteri saya tergelincir lalu kakinya terperosok ke dalam lubang tandas.

“Selepas anggota bomba berjaya mengeluarkan kaki isteri saya, dia dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk mendapatkan rawatan dan saya bersyukur selepas menjalani ujian x-ray, doktor mendapati isteri saya hanya mengalami bengkak sendi serta terseliuh pergelangan kaki kanan,” katanya -Hmetro

Sunday 29 September 2013

Hairie Othman akui diri semakin terdesak, harap kerajaan Negeri Kelantan bantu

Posted By: TTO Admin - 29.9.13


KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.

Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.

"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.

"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.

Turut hadir, Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah

.PENDAPATAN SAMPINGANKERJAYA DARI RUMAH (RM 1K-4K SEBULAN)

Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.

Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.

"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.

"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.



Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata, kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah.

"Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.

"Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah," katanya.

Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.

Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.

"Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni," katanya.

Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen. -Mstar

Rozita Che Wan akhirnya dirisik Zain Saidin. Tahniah!

Posted By: TTO Admin - 29.9.13
Gambar Instagram milik Rozita yang baru dimuat naik sebentar tadi.

PETALING JAYA: Pelakon Zain Saidin, 29, akhirnya merisik kekasihnya, aktres Rozita Che Wan, 40, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di sebuah lokasi yang dirahsiakan di Ibu negara, pada Ahad.

Pengurus peribadi Rozita iaitu Afiq berkata majlis berlangsung kira-kira pada pukul 3 petang dan disaksikan seramai 50 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak.

"Majlis ini dijalankan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh kedua-dua belah keluarga sahaja. Ia hanya majlis merisik, bukan pertunangan.



"Ia majlis pihak lelaki mahu bertanya sama ada Rozita sudah ada yang punya atau belum,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Tambahnya majlis berlangsung dengan tema adat melayu tradisional dan dokarasi pelamin ditaja oleh Kuntum by Najeeb.

Sementara itu, Zain yang dihubungi mengesahkan perkara tersebut tetapi enggan mengulas panjang selain agak terkejut bagaimana majlis tersebut berjaya dihidu pihak media.

Gambar Zain bersama tetamu pada majlis merisik yang berlansung pada Ahad

Terdahulu pada Jumaat lalu Zain memberitahu mStar Online dia terkejut apabila timbulnya khabar angin kononnya dia dan Rozita sudah bertunang secara senyap selain menganggap gosip berkenaan sebagai mengarut. -Mstar

#Tahniah Che Ta!

BR1M bakal diberi sebanyak 2 kali tahun hadapan

Posted By: TTO Admin - 29.9.13


IPOH: Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.

Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M.

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.

Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.

"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.

Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. - Bernama

Saturday 28 September 2013

3 Gambar Tauke kedai perabot maut ditikam di Kampung Padang Nenas, Gong Badak

Posted By: TTO Admin - 28.9.13
KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik kedai perabot ditemui mati dengan kesan tikaman di belakang badannya di kedai Perabot miliknya di Kampung Padang Nenas, Gong Badak di sini petang tadi . Motif kejadian masih dalam siasatan pihak Polis. Di bawah merupakan gambar keadaan mangsa dan lokasi kejadian. -TENGOKTVONLINE


#Takziah kepada keluarga mangsa.

TPM, Tan Sri Muhyiddin sahkan tiada kenaikan harga minyak Petrol RON95 dan Diesel

Posted By: TTO Admin - 28.9.13

BENTONG: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan hari ini bahawa tiada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel seperti yang digembar gemburkan dalam media sosial.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kabinet juga tidak pernah membincangkan mengenai perkara itu selepas harga petrol RON95 sudah dinaikkan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan Simulasi Pemilihan UMNO 2013 di Pusat Latihan Memperkasa UMNO, dekat sini hari ini. -BHarian

Syarikat Majikan Pak Guard akan tetap teruskan saman terhadap bini Mat Yo

Posted By: TTO Admin - 28.9.13

Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari iniHarian Metro  melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.

Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-
pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ
Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam. -Beautifulnara

Biarpun sumbangan sekelumit cuma, hargai jasa dan pengorbanan Polis!

Posted By: TTO Admin - 28.9.13
Di sebalik segala persepsi negatif yang ditimbulkan pihak tidak bertanggungjawab terhadap pihak Polis, namun pengorbanan yang diberikan tidak patut dipandang sebelah mata walaupun hanya sekelumit cuma. Dibawah merupakan contoh sumbangan polis tanpa mengharap apa-apa balasan:

Dua anggota trafik dari Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee membantu seorang pemandu menukar tayar keretanya yang didapati kehabisan angin. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam di laluan kecemasan Jalan Kuching, Kuala Lumpur, 24 September lalu.


#Respek

Qi Razali mahu mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Nelydia Senrose

Posted By: TTO Admin - 28.9.13

SEBELUM ini, pengacara dan pelakon Qi Razali, 36, pernah mengeluarkan kenyataan sanggup menunggu kekasihnya, Nelydia Senrose, 19, untuk menggapai apa jua impian memandangkan pelakon drama Nur Jannah itu masih muda.

Bagaimanapun, ketika ditemui pada sesi fotografi program travelog Destinasi Bajet keluaran ntv7 bersama Kosmo! kelmarin, Qi yang mempunyai jarak usia sebanyak 17 tahun dengan kekasihnya itu mendedahkan bakal mengikat tali pertunangan dengan Nelydia pada tahun hadapan.

“Saya faham nama dia (Nelydia) dalam bidang lakonan tengah naik. Dia juga masih belajar. Dia ada impian dan saya sentiasa sokong apa jua impiannya.

“Namun begitu, usia saya sudah menjangkau 36 tahun. Kalau boleh saya tidak mahu berkahwin ketika umur saya memasuki 40 tahun. Jadi, dalam tempoh setahun dua ini akan ada langkah seterusnya dalam hubungan kami,” jelas Qi yang kini serius menjalin hubungan cinta bersama Nelydia sejak bulan Februari lalu.

Sekali gus kenyataannya itu seolah-olah membuktikan dia akan merisik atau mengikat tali pertunangan bersama Nelydia.

Mengulas lanjut, akui pemilik nama penuh Qushairi Mohammed Razali lagi, dia sangat gembira dengan perhubungannya sekarang dan memang merancang untuk berkahwin.

Nelydia ketika dihubungi bagi menjawab kenyataan kekasihnya itu memberitahu, Qi belum menyuarakan hasratnya untuk merisik atau meminangnya dalam masa terdekat.

“Dia (Qi) tidak ada cakap hendak merisik atau bertunang pada tahun depan. Mungkin dia bercakap dari sudutnya. Kami buat masa ini masing-masing sibuk dan terikat dengan kerjaya masing-masing,” luahnya.

Disoal adakah dia terima jika selepas ini Qi menyuarakan hasrat untuk meminangnya pada tahun hadapan, ujar Nelydia, Qi harus berjumpa dengan keluarganya terlebih dahulu.

“Saya tidak boleh cakap sudah bersedia atau tidak. Saya serahkan pada keluarga sebabnya saya masih di bawah tanggungan keluarga. Segala kata putus daripada keluarga saya akan ikut,” jelasnya yang turut mengakui mahu perhubungannya bersama Qi ke fasa yang lebih serius. -Kosmo

Friday 27 September 2013

Kerajaan nafi harga minyak naik 10 sen malam ini (27 September 2013)

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dalam akaun twitternya telah memuatnaik status penafian terhadap ura-ura kenaikan harga minyak RON95 pada malam ini.

Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada mlm ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter. Harga sebenar 2.73

Diharap penafiaan ini memberikan nafas lega kepada rakyat Malaysia. Diharap juga penafian ini sahih agar tidak berlaku seperti penafian kenaikan harga minyak 20 sen sebulan yang lalu dan berakhir dengan pengumuman susulan yang benar-benar berlaku.

Remaja ditemui mati tergantung disyaki bunuh diri kerana cinta

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

SABAK BERNAM - Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai mempunyai masalah cinta dengan teman wanitanya ditemui mati tergantung pada palang bumbung di sebuah rumah kosong di Kampung Pasir Panjang di sini semalam.
Mayat remaja itu ditemui tidak berbaju di luar rumah oleh seorang ahli keluarganya yang kebetulan pergi ke kediaman peninggalan arwah datuknya untuk mengutip daun pandan kira-kira pukul 7 malam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Mohamad berkata, polis yang dihubungi keluarga mangsa bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mayat seorang remaja tergantung dengan seutas tali nilon.
Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut setakat ini. - KOSMO!

Aaron Aziz sudah keluar hospital setelah mengalami sakit sendi tengkuk

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Pelakon popular Aaron Aziz, 37, sudah dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Prince Court di sini, semalam.

Isterinya, Diyana Halik berkata, Aaron dibenarkan pulang ke rumah selepas pelakon itu mendapat suntikan sebanyak tiga kali.

"Doktor telah memberi tiga suntikan steroid di bahagian lehernya dan memberitahu suntikan itu boleh bertahan selama sebulan.

"Sebab itu dia dibenarkan pulang ke rumah semalam. Memandangkan suntikan itu boleh bertahan sebulan, insya-Allah, bolehlah dia pergi Cape Town untuk program Fear Factor musim kedua.

"Dia akan ke sana awal Oktober ini," jelasnya kepada Utusan Online di sini hari ini menerusi aplikasi Whatsapp.


Aaron yang popular menerusi filem Ombak Rindu dimasukkan ke hospital Selasa lalu kerana menghidap sakit sendi tengkuk yang menyebabkan leher senget sebelah dan tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit.

Menurut Diyana, Aaron mula berasa sakit sejak seminggu lalu namun dia menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

"Memandangkan suntikan itu hanya bertahan selama sebulan, jadi selepas balik dari Cape Town nanti, dia perlu menjalani rawatan fisioterapi untuk susulan," katanya.

Berita Aaron dimasukkan ke hospital menjadi perhatian ramai kerana sehari sebelum ditahan di wad pelakon filem KL Gangster 2 itu memuat naik gambar imbasan sinar-X tulang belakangnya di laman sosial Instagram. - Utusan

#Banyak sangat belakon filem gangster2...

10 Gambar menyayat hati, ibu ambil anak pulang sekolah maut digilis lori simen

Posted By: TTO Admin - 27.9.13

Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan di kampungnya.











#Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabar dengan dugaan yang diterima.

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab