Monday 7 October 2013

Ustaz Bangla rotan pelajar Tahfiz 15 kali hingga perlu jalani pembedahan (2 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 7.10.13


Petaling Jaya: “Sampai hati ustaz!”. Itu luahan seorang pelajar sebuah sekolah tahfiz yang terpaksa menjalani pembedahan di paha kiri dan terlantar di hospital sejak 10 hari lalu akibat dirotan guru agamanya.

Muhamad Faiz Mohd Sharol, 14, yang belajar di sebuah sekolah tahfiz swasta di Jengka, Pahang, berkata, dia dirotan 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh kerana gagal menghafal suku kata Bahasa Arab.

Menurutnya, kejadian itu berlaku pada 17 dan 18 September lalu, namun dia hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta, di sini, pada 28 September.

“Pada 17 September, saya dirotan sebanyak enam kali kerana kesalahan itu dan keesokannya saya dirotan lagi sebanyak sembilan kali,” katanya ketika ditemui Harian Metro di hospital, semalam.



IBU mangsa, Norashikin Mohd Yunus melihat keadaan anaknya selepas menjalani pembedahan.



PAHA kiri Muhamad Faiz menerima 30 jahitan.

Muhamad Faiz berkata, ustaz berusia 30-an itu merotannya dalam sebuah bilik sambil disaksikan rakan dan dua guru lain. -Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab