Saturday 16 November 2013

Pendedahan: 5 Gambar Munir mungkin pelanduk dua serupa Joemar seperti yang didakwa

Posted By: TTO Admin - 16.11.13
Sehingga kini, rakan suspek utama yang menjadi buruan Polis masih belum ditemui. Akaun Facebook suspek yang dikenali sebagai Joemar Omar juga telah ditutup.

Beberapa hari lalu, Jurnalist terkenal Mazidul Akmal Sidik dalam posting terbaru di blog peribadinya mendedahkan Joemar mempunyai akaun Facebook kedua yang dikenali sebagai Munir Tarapedo Koasasino.

"Saya menerima maklumat terbaharu. Joemar memiliki akaun kedua facebook dan aktif dikemaskini sejak kejadian pegawai operasi bank, Norazita Abu Talib ditembak mati. Untuk rekod, RM428,200, wang hasil rompakan masih berada di tangan Joemar sedangkan Loade Ardina meringkuk di lokap." Tulisan Mazidul.

Admin bukan hendak mempertikaikan dakwaan ini. Namun hasil perbandingan gambar wajah mereka berdua yang di ambil dalam facebook mereka ternyata terdapat perbezaan yang ketara. Di bawah adalah gambar yang admin letakkan sebelah menyebelah menggunakan perisian Photoshop.



Beberapa perbezaan lain seperti bentuk muka Joemar yang berbentuk Diamond manakala Munir pula berbentuk Square. Hanya bentuk mulut dan hidung seakan-akan sama. Memandangkan kesemua gambar Munir memakai cermin mata, bahagian kening dan mata tidak dapat dibandingkan.

Gambar-gambar Munir:





Baca Artikel yang dihasilkan Mazidul : JOEMAR KINI GOYANG KAKI DI DUMAI? DUMAY?


Facebook Joemar dan Munir:


Walaupun Munir berkemungkinan besar adalah pelanduk dua serupa Joemar, Polis tidak boleh mengabaikan setiap bukti yang didedahkan semua orang hatta blogger seperti kami. 

Siasatan perlu dijalankan memandangkan melalui pendedahan Mazidul, Munir dan rakan-rakan didalam facebook Munir sendiri mengetahui kes tembakan pegawai bank tersebut. Pihak SKMM juga perlu melihat dari sudut bukti penggunaan media sosial oleh suspek. Semoga Joemar dapat diberkas secepat mungkin!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab