Wednesday 20 November 2013

Angkara kekalahan Harimau Malaya, Datuk. K Rajagopal jadi mangsa troll di Wikipedia

Posted By: TTO Admin - 20.11.13


Peluang Malaysia layak secara automatik ke Piala Asia 2015 lebur apabila terpaksa menerima kekalahan melawan Qatar semalam dengan keputusan 1-0. Ramai penyokong setia bolasepak tanah air menzahirkan rasa hampa dan tidak puas hati dengan prestasi semasa Harimau Malaya. Malah, individu pertama yang menerima tamparan hebat semestinya jurulatih, Datuk K. Rajagopal.

Pelbagai bentuk tohmahan bertubi-tubi diterima oleh Datuk K. Rajagopal di dalam media sosial Facebook dan Twitter seperti dalam gambar dibawah. Dikhabarkan berlaku rusuhan kerana tidak berpuasa hati dengan jurulatih di Stadium Shah Alam semalam.


Tidak cukup dengan itu, Datuk Rajagopal turut menjadi mangsa troll di dalam profil beliau di Wikipedia. Ayat-ayat yang digunakan menyindir cara Datuk Rajagopal yang didakwa menghancurkan Bolasepak Malaysia dengan kerap kali melakukan eksperimen kepada pasukan Harimau Malaya.

Malah, mungkin kerana tidak berpuas hati Safiq Rahim dan Safee Salie yang kerap kali menjadi pilihan Rajagopal walaupun under-perform, penyokong  misteri itu menambah kedua-dua pemain ini dipercayai adalah anak kepada Datuk Rajagopal. Printscreen penuh dibawah:


Kontrak Rajagopal akan bakal berakhir 31 Disember ini dan dijangka tidak akan disambung berikutan gagal mencapat KPI ditetapkan. Walaupun sudah tiba masanya beliau mengundurkan diri, sumbangan beliau dalam arena bolasepak negara perlu dihargai terutamanya dalam kejohanan di peringkat Asia Tenggara.

UPDATE: Ayat Troll Profil Wikipedia Datuk K. Rajagopal telah dipadam

Oleh : Osmang Jamal

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab