Thursday 14 November 2013

Keputusan undian AFMASUK : Azhael terpilih ke Final AF2013

Posted By: TTO Admin - 14.11.13


Ramai yang mengatakan AFMASUK sengaja dilakukan hanya kerana pasangan Azhael tersingkir pada minggu lalu. Memandangkan pasangan ini menjadi tumpuan ramai peminat, maka mereka perlu dimasukkan semula untuk bertanding di pusingan akhir Akademi Fantasia 2013. Dakwaan itu seolah-olah berasas apabila Azhael telah terpilih dalam AFMASUK semalam.

Menurut kenyataan media AF:

Keputusan AFMASUK yang telah diumumkan dalam rancangan MeleTOP semalam telah berpihak kepada pasangan duo (Azhael) yang dianggotai oleh Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi.

Talian AFMASUK yang mula dibuka selama 24 jam itu telah mendapat reaksi menggalakkan daripada peminat-peminat bintang Akademi Fantasia 2013 kegemaran mereka. Ini menunjukkan bahawa Azhael mengungguli carta undian AFMASUK dengan mendapat peratusan undian tertinggi sebanyak 91% diikuti Nona 6%, Suhada 2%, Irmisa 1%, Iman 1%, Sani 0.5% dan Darren 0.1%.

Peluang kedua yang diberikan ini sememangnya akan memberikan semangat dan sinar baru kepada Azhael serta bintang-bintang finalis lain iaitu Amira, Nabila, Faizul, Aisyah dan Indah untuk menunjukkan bakat yang bakal bersinar di pentas akhir nanti.

Siapakah pilihan anda menjuarai AF2013 kali ini? 

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab