Sunday 26 January 2014

Guru "lembu"kan murid dihukum tukar sekolah lain

Posted By: TTO Admin - 26.1.14
Kiri - Cikgu Chen Yan Yan, Kanan- Murid yang dikenakan denda (pic)

KUALA LUMPUR - Seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak mendenda dua murid dengan merotan serta mengepin loceng pada baju mereka dan mengkiaskannya seperti lembu berloceng makan rumput, Jumaat lepas, ditukar ke sekolah lain.

Selain itu, guru tersebut akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof berkata, hasil siasatan Jabatan Pendidikan Perak mendapati tindakan guru berkenaan memberikan imej yang kurang baik kepada Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata, adalah tidak wajar guru berkenaan mendenda murid dengan sedemikian rupa yang boleh dianggap keterlaluan. "Hal ini kerana murid berkenaan masih di peringkat sekolah rendah yang mana kaedah bimbingan adalah paling wajar dan sesuai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab