Friday 24 January 2014

Ibu lapor Polis dakwa anak didenda pakai loceng & beri rumput di SJK (C), Perak

Posted By: TTO Admin - 24.1.14

Seorang ibu mendakwa anaknya telah didenda secara melampau oleh seorang cikgu di SJK (C) Khai Meng Sungkai, Perak.

Laporan Polis oleh Puan Yarnis Kasuma yang kini tersebar di facebook mendakwa anaknya, Mohd Izat Iqbal serta rakan anaknya, Muhammad Naswinder telah didenda memakai loceng di leher mereka oleh Cikgu Chen Yan Yan atas alasan tidak menyiapkan kerja sekolah.

Dan lebih kejam, apabila anaknya meminta keluar ketika waktu rehat, Cikgu Chen didakwa telah memberikan rumput sambil berkata "Lembu tak buat kerja rumah mesti kena makan rumput".

Puan Yarni turut mendakwa Cikgu Chen telah mengambil gambar anaknya menggunakan telefon bimbit dan menunjukkan kepada rakan anaknya di dalam kelas, serta mahu memuat naik ke laman Facebook. Baca Laporan Polis Penuh dibawah:

Sumber Gambar: Link Facebook
Jika kejadian ini benar, Cikgu Chen mesti dikenakan tindakan tegas kerana denda yang dibuat tidak masuk akal dan amat kurang ajar. Dia seakan-akan menganggap anak muridnya sebagai haiwan ternakan!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab