Friday 17 January 2014

Lelaki tak mandi 60 tahun, suka makan daging landak busuk

Posted By: TTO Admin - 17.1.14



Lelaki warga Iran yang dikenali sebagai Amou Haji mendakwa dirinya tidak mandi selama 60 tahun. Haji yang kini berumur 80 tidak pernah berkahwin dan menjalani hidup yang amat pelik.

Beliau dikatakan menjauhkan diri daripada air dan menjadikan daging landak busuk sebagai santapan makan malamnya. Beliau amat bencikan makanan yang segar.

Haji juga mendakwa kebersihan akan membuatkannya sakit. Beliau kini tinggal di Kampung Dejgah di selatan Iran. Beliau memilih kehidupan sebegini setelah menghadapi kekecewaan ketika zaman mudanya.

Setiap hari, Haji akan minum 5 liter air sehari menggunakan tin minyak yang sudah berkarat. Jika mahu menggunting rambut, dia akan membakar rambutnya. 

Sebelum ini, lelaki indian bernama Kailash Singh pernah mencatat rekod tidak mandi selama 38 tahun.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab