Friday 17 January 2014

Ngeri! Kanak-kanak parah tersepit Eskalator! (4 Gambar)

Posted By: TTO Admin - 17.1.14


Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun mengalami kecederaan serius hingga terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah di Jakarta, Indonesia.

Lim Yuan Hong dikatakan sedang bermain dan melompat-lompat di atas tangga eskalator sebelum terjatuh membuatkan badannya tersepit di celah tangga bergerak tersebut, ketika insiden yang berlaku sekitar jam 9 malam di Pluit Village Mall, Penjaringan pada 27 Disember lalu.

Ketika kejadian kanak-kanak tersebut bersama ibu dan pengasuhnya.


Ketua Polis Penjaringan, Sujudi Ario Seto yang mengesahkan kejadian ini menyatakan siasatan masih berjalan namun punca utama dipercayai kerosakan eskalator.

Insiden tersepit antara tangga eskalator bagaimanapun bukan kali pertama menimpa. Empat kes serupa turut dilaporkan di China setakat Mei tahun lepas sahaja, malah ada yang meragut nyawa.

Selain ciri-ciri keselamatan eskalator yang harus dipertingkatkan, ibu bapa atau orang dewasa yang membawa anak-anak juga seharusnya lebih peka mengawasi anak-anak ketika membawa mereka ke pusat beli belah sebab benda buruk boleh berlaku dalam sekelip mata saja!

Sumber: Mynewshub.my , Indoboom.com

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab