Monday 17 February 2014

Presedur Rayuan BR1M 3.0 2014 sekiranya permohonan anda gagal

Posted By: TTO Admin - 17.2.14

Jika semakan keputusan BR1M 3.0 2014 menunjukkan anda gagal, terbaru menerusi kenyatan Lembaga hasil Dalam Negeri (LHDN), anda boleh menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 dan LHDN bersedia untuk mempertimbangkan semula permohonan anda.

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

  • Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  • Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  • Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
  • Pembayaran BR1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.
Sekiranya permohonan anda gagal, tidak bermaksud anda tidak layak mendapat bantuan tersebut. Sila ikut prosedur yang dinyatakan diatas.Walaupun bantuan ini tidak seberapa, sekurang-kurangnya mampu memberi sedikit kelegaan kepada golongan yang tidak berkemampuan dalam era kos sara hidup yang semakin naik.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab