Monday 17 February 2014

Tahniah! Zizan dikatakan bakal nikahi Ema Maembong tahun ini

Posted By: TTO Admin - 17.2.14




Menerusi update terbaru Instagram Zizan Razak, beliau telah memuatnaik sekeping gambar yang merupakan lukisan yang dipercayai dihasilkan oleh Emma Maembong dengan kata kata romantis.

“Percaya, hargai, sayang, cinta, teguh, sabar, jujur dan ikhlas — thanks untuk lukisan ini sayang. Sejuta erti disebalik lukisan ini, harap kekal seperti mana lukisan ini. Love you sayang”

Rasanya para peminat pasangan ini sudah tidak perlu lagi untuk berteka teki akan status hubungan mereka berdua. Menerusi ruangan komen juga ramai peminat sudah mendoakan pasangan ini untuk bertemu jodoh.

Bercakap kepada Berita Harian hujung minggu lalu, Zizan Razak mendedahkan yang beliau ada merancang untuk menamatkan zaman bujangnya tahun ini walaupun tidak menyebut secara spesifik bakal isterinya adalah Emma Maembong.

“Kalau ikut perancangan diri saya, Insya Allah tahu ini nak kahwin. Tapi semuanya terserah kepada jodoh. Saya hanya merancang & Tuhan yang menentukan. Ingat ya, saya hanya rancang saja tahun ini,” ujar Zizan Razak. Jangan tunggu lama lama ya abang Zizan. - Rotikaya

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab