Wednesday 5 March 2014

(8 Gambar PC) Hanez Suraya mahu Liyana Manan minta maaf secara terbuka! Dakwa difitnah

Posted By: TTO Admin - 5.3.14

"Semua fakta sudah dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan."

Demikian tuntutan dikemukakan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez berikutan fitnah dilemparkan wanita dikenali sebagai Nurliyana Manan mendakwa pelakon itu merampas suaminya Romie Razin Adilha, 34, dan menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.

Hanez berkata, wanita itu memfitnahnya sudah menjalin hubungan dengan Romie selama lapan bulan dan meletakkan Hanez sebagai pihak ketiga dalam perceraian itu.

Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.

Suami Liyana Manan yang juga kekasih Hanez Suraya, Romie Razin Adilha turut hadir dalam sidang media tadi (Gambar)

"Tuduhan dan dakwaannya yang mengatakan saya penyebab kepada keretakan rumahtangganya tidak benar dan telah memalukan serta menjatuhkan maruah diri dan keluarga saya.

"Kenyataannya kepada pihak media agak melampau kerana saya dan suaminya berkenalan baru hanya 5 bulan yang lalu iaitu selepas dia memfailkan cerai di mahkamah pada Oktober lalu.

"Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka terhadap tindakannya itu. Jika saya boleh membuat sidang media untuk menjelaskan semunya, saya rasa dia pun harus buat begitu," katanya dalam sidang media khas tergempar itu.

Dalam kenyataannya, Hanez berkata dakwaan itu adalah tidak benar kerana mereka mula berkenalan pada 20 Disember tahun lalu selepas isteri Romie memfailkan perceraian pada 8 Oktober tahun lalu. Justeru itu, Hanez mendakwa kesemua fitnah dikemukakan wanita itu mencalar reputasinya dan menjejaskan nama baik sebagai selebriti.

"Saya buat PC (sidang media) untuk menjelaskan (fitnah) ke atas saya.

Kalau lepas PC orang nak hina atau cakap apa pun itu hak mereka. 

Yang penting saya dah jelaskan," 

Dalam sidang media tersebut, Hanez Suraya hadir bersama peguamnya, Wan Nurliyana Abdul Rahman, manakala kekasihnya yang memperkenalkan diri sebagai Romie Razin Adilha juga turut hadir bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.

Kredit: Murai.com.my, Harian metro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab