Monday 17 March 2014

Di mana dan ke mana perginya keluarga Kapten Zaharie?

Posted By: TTO Admin - 17.3.14


Apa yang menarik perhatian dalam perbincangan di dalam media sosial dan forum-forum dalam dan luar negara ialah persoalan di mana dan ke mana perginya keluarga Kapten Zaharie?

Dari hari pertama kehilangan pesawat MH370 dilaporkan sehingga ke hari ini, tiada satu gambar, kenyataan dan temubual yang disiarkan oleh mana-mana media alternatif mahupun arus perdana mengenai keluarga Kapten Zaharie.

Forumer di China mempersoalkan "kehilangan" Keluarga juruterbang
Malah maklumat nama ahli keluarga Kapten Zaharie juga tidak dapat diperolehi oleh pemberita. Tidak seperti kebanyakan keluarga penumpang dan krew pesawat yang lain yang mana telah berada di lapangan terbang sejak hari pertama menantikan berita terkini mengenai insiden itu.

Perkara itu bukan sahaja disedari oleh orang awam yang sentiasa mengikuti berita kehilangan pesawat ini. Media antarabangsa seperti The Mirror, The Huffington Post dan The Telegraph turut menimbulkan persoalan dimanakah lokasi "keluarga" kapten Zaharie sekarang.

Menurut Laporan The Mirror, isteri dan tiga anak Kapten Zahari telah berpindah keluar dari rumah mereka sehari sebelum berlakunya insiden MH370 itu.

Walaupun Pihak Berkuasa Malaysia mengatakan siasatan tidak tertumpu kepada kapten pesawat, namun kini jelas kapten Zaharie menjadi individu yang menjadi tumpuan dunia.

(Sahabat baik) Peter Chong(kiri) menolak dakwaan Kapten Zaharie merampas pesawat MH370 - PIC: Mirror.co.uk
Melalui pendedahan gempar akhbar tabloid DailyMail semalam menjelaskan faktor kecenderungan penglibatan Kapten Zaharie dalam politik menjadi kemungkinan salah satu punca rampasan pesawat berlaku.

Kapten Zaharie dikatakan penyokong "Fanatik" Anwar Ibrahim. Beliau juga didakwa menghadiri perbicaraan Kes Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum penerbangan MH370.

Justeru, akhbar berpangkalan di Britain itu mendakwa keputusan Mahkamah yang tidak memihak kepada ketua pembangkang mungkin menjadi faktor kelakuan "luar jangka" Kapten Zaharie.

Paparan muka depan The Mail, 16 Mac 2014

Selain itu, satu laporan portal berita mendakwa Anwar mengakui mengenali juruterbang pesawat berkenaan.

“Sebahagian yang saya kenal, termasuk juruterbang,” ujar Anwar di Dewan Rakyat, Khamis lalu ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di Pertuan Agong, mengaitkan isu SAR kehilangan MH370 kononnya berpunca kelemahan kerajaan. Lapor bnbbc.my.

Walaubagaimanapun, melalui laporan berita Sinar Harian hari ini, Anwar Ibrahim tampil menafikan kaitan faktor "kesedihan" Kapten Zaharie dengan keputusan kes Mahkamahnya. -TTO

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab