Tuesday 11 March 2014

Gambar palsu Pesawat MH370 berjaya diselamatkan dari pengganas

Posted By: TTO Admin - 11.3.14


Gambar palsu tersebar ketika ini menunjukkan pihak keselamatan berjaya menyelamatkan pesawat MH370 daripada pengganas.

Gambar tersebut seakan benar-benar terjadi berikutan logo pada pesawat Air Macau telah diganti dengan logo Malaysia Airlines. Malah, logo BBC juga turut diletak mungkin mahu menunjukkan kredibiliti gambar tersebut.

Perbuatan media negara itu sememangnya amat tidak bertanggungjawab. Mungkin ada baiknya rakyat Malaysia menyelidik beberapa kali terlebih dahulu berita-berita yang datangnya dari negara Vietnam. Kebanyakan berita mengenai pesawat MH370 yang dikeluarkan oleh media negara itu hanya disensasikan sahaja.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab