Sunday 9 March 2014

Gambar tompokan minyak sepadan dengan enjin bekembar pesawat ditemui

Posted By: TTO Admin - 9.3.14
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini mengesahkan bahawa dua tompokan minyak memang ditemui di perairan Vietnam semasa operasi mencari yang dilakukan oleh pihak berkuasa negara itu.

Walaubagaimanapun, Hishammudin berkata tiada serpihan pesawat ditemui di kawasan timbulnya tompokan minyak tersebut.

“Pada ketika ini, pesawat-pesawat Vietnam telah ke kawasan terbabit untuk mengenal pasti sama ada minyak itu datangnya dari pesawat,” katanya semasa satu sidang media di Hotel Sama-Sama di KLIA hari ini.

Gambar tompokan minyak diatas yang ditemui pesawat tentera Vietnam sepadan dengan enjin berkembar sesebuah pesawat, menurut nydailynews.com

Semalam, akhbar Vietnam Tuoi Tre melaporkan bahawa tompokan minyak yang ditemui itu masing-masing sepanjang 20 kilometer pada jarak 500 meter antara satu sama lain itu ditemui juruterbang pesawat tentera Vietnam yang menyertai misi pencarian tersebut.

Tompokan minyak itu dilaporkan ditemui 140 kilometer ke selatan Pulau Tho Chu di pesisir selatan Vietnam. - Astro Awani/Gambar REUTERS

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab