Thursday 13 March 2014

Kesan Tragedi MH370 : Persepsi VS Realiti

Posted By: TTO Admin - 13.3.14


(i)
Empat hari dulu, saya sempat singgah di opis seorang sahabat. Sekadar chit-chat selepas begitu lama tidak berjumpa. Sedang saya asyik bercerita pasal pengalaman umrah semasa di Saudi; tiba-tiba…

“Hah, ada seorang saudara saya baru saja tangguhkan rancangan mau buat umrah. Sepatutnya pergi bulan depan.” Kata dia.

“Kenapa?” Tanya saya.

“Takut!” Ringkas saja jawapan dia. Tapi jelas disabitkan dengan isu semasa negara yang paling gempar ketika ini.

(ii)
Ketakutan begini adalah perkara normal. Sebagai manusia, kita semua memang mudah terpengaruh dengan persepsi tertentu. Apatah lagi, bila info dan berita itu berkumandang di mana-mana pada skala global.

Seorang kawan saya pun baru saja membatalkan percutian ke Jepun, yang sepatutnya pada pertengahan bulan depan. Juga dengan alasan yang sama: takut. Dia sanggup hanguskan tiket promosi yang sudah dibeli sejak tahun lepas.

Of course we all get nervous to fly because of the current incident. I’m going to Penang in two-week time – and I already have a little bit of doubt. A feeling I never experienced before.

Tapi kita semua perlu memerangi rasa takut dalam diri. Dengan cuba memahami realiti sebenar di lapangan; dan bukan hanya dipukau oleh persepsi semata-mata. Don’t get me wrong. I don’t mean to undermine what we feel as a human. Rasa takut dan was-was adalah fitrah manusia. However, life must go on, no? We have no choice – but to conquer those feelings.

(iii)
Mengikut rekod statistik, pengangkutan udara jauh lebih selamat daripada pengangkutan darat. Sebagai timbangtara berdasarkan nisbah penduduk: risiko seseorang berdepan dengan kemalangan maut menerusi penerbangan adalah 1 dalam 8.5 juta (setiap tahun) dan 1 dalam 100 ribu (seumur hidup).

Dibanding pula dengan kemalangan maut di jalanraya (mengambil contoh UK, iaitu antara negara yang paling selamat sistem pengangkutan daratnya): risikonya adalah 1 dalam 20 ribu (setiap tahun) dan 1 dalam 250 (seumur hidup). Kebarangkalian ini pula tentu lebih tinggi di Malaysia atau negara-negara sedang membangun lain!

Nota: Data diambil daripada World Health Organisation (WHO) dan dibundarkan kepada nombor bulat terdekat.

So now, do you see the actual reality? Kebarangkalian untuk seseorang maut akibat kemalangan kereta adalah 400 kali lebih tinggi berbanding kemalangan kapalterbang. Why nobody stops him/herself from traveling by cars?

(iv)
Tapi sekurang-kurangnya kemalangan di jalanraya tidaklah sampai hilang lenyap tanpa petunjuk: balas kawan saya yang baru membatalkan trip ke Jepun itu. Bila saya cuba berkongsi fakta empirikal di atas.

Kalau itulah persepktif yang mahu dipupuk dalam minda: bah, suka hati kamulah. Saya kata begitu, tapi cuma dalam hati. Malas sudah mau berhujah tentang persepsi vs realiti.

Ajal maut itu adalah rahsia Tuhan. Bomoh paling handal di dunia – dengan menggunakan teropong buluh yang ditebang dari seluruh hutan tropika di Asia Tenggara, atau menjunjung buah kelapa yang dikait dari semua pohon di Hawaii – pun tidak mampu membuat nujum ramalan tentang ini. Jadi tidak perlulah kita semua terlalu gusar memikirkan soal mati di mana: darat, udara atau laut.

(v)
Kematian bukanlah penamat mutlak kehidupan. Ia adalah satu permulaan untuk sebuah kehidupan yang lebih abadi.

Bila dan di mana kematian itu datang: itu bukan persoalan signifikan. Yang lebih penting: apa yang bakal kita tinggalkan di dunia sebagai amal jariah, dan apa pula bekal yang akan kita bawa untuk bertemu Tuhan. Ini yang lebih utama digusarkan.

Ini bukan ceramah agama atau khutbah rohani. Ini cuma satu refleksi diri. Sambil memujuk hati sendiri pada detik-detik yang cemas begini. Selagi kita belum mati, kehidupan harus dinikmati dan dihayati. Dengan segenap hati dan dada yang lapang. Kerana itulah kunci hubungan kita (makhluk yang lemah) dengan Dia (khalik yang maha segala): tawakal.

Semoga kita semua dilindungi oleh-Nya, sepanjang masa.

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab