Saturday 8 March 2014

"Luar biasa tiada panggilan kecemasan, kecuali ada BOM dalam kapal" - Pakar Penerbangan

Posted By: TTO Admin - 8.3.14


Sepanjang hari ini sahaja, ramai pakar dalam bidang penerbangan memberikan pendapat masing-masing mengenai insiden pesawat MH370 yang hilang tanpa sebarang petunjuk.

Namun pendapat dari seorang pakar penerbangan, David Learmount telah mengejutkan ramai pihak apabila menimbulkan spekulasi "bom" sebagai punca insiden tersebut.  Menurut Learmount:

"Luar biasa apabila juruterbang gagal membuat panggilan kerana mereka mempunyai banyak masa untuk itu. Kecuali terdapat bom di dalam kapal tetapi bukti itu tiada. ' 

Namun begitu, Learmount turut memberikan persamaan kejadian yang berlaku kepada pesawat Airbus A330-203 milik Air France AF477 yang terhempas di perairan atlantik pada tahun  2009, dimana telah mengorbankan 216 penumpang dan anak kapal 12, termasuk lima rakyat Britain.

Pesawat itu terhempas apabila juruterbang hilang kawalan selepas kristal ais menjejaskan sensor yang digunakan untuk mengukur kelajuan pesawat, katanya.

Learmount berkata: "Ini adalah perbandingan sejarah dan boleh menjadi satu kebetulan."

"Kejadian ini juga berlaku pada waktu awal pagi, selepas waktu tengah malam, dan juga telah hilang tanpa sebarang panggilan daripada juruterbang."

Namun menurutnya lagi: "Pesawat moden dibina dengan cantik dan sangat selamat."

"Jika enjin gagal berfungsi disebabkan gangguan kepada aliran bahan api, kapal itu tetap boleh meluncur tanpa sebarang masalah sekalipun selama kira-kira 40 minit pada ketinggian itu."

Learmount turut mengaitkan keadaan prestasi juruterbang pada ketika itu juga mungkin menjadi punca kapal terbang terhempas.

"Di antara tengah malam dan 2 pagi anda tidak berada dalam prestasi dimana mental atau fizikal anda yang terbaik - anda pada tahap prestasi yang paling rendah dalam kitaran 24 jam."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan kegagalan menemui kapal terbang itu dalam masa terdekat. Beliau berkata demikian apabila mengambil kira sejarah pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009 namun ditemui pada 2011, selepas dua tahun operasi mencari dan menyelamat.- TTO (Sumber Asal: DailyMail)

Baca lagi: 
1) Punca kemalangan Insiden Pesawat MH370 didedahkan penyiasat terkenal!
2) "Perkara paling buruk mungkin telah berlaku" Pakar
3) Dua penumpang MISTERI dikhuatiri punca #MH370 terhempas!

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab