Monday 7 April 2014

Rozita Che Wan belikan anak kereta BMW X6 dapat 8A SPM

Posted By: TTO Admin - 7.4.14

Wah! Kalau benar, ramai yang sanggup repeat paper SPM dan nak jadi anak angkat Rozita Che Wan untuk dapat sebuah BMW X6 yang bernilai RM500,000 itu.

Umum tahu yang anak kepada Rozita Che Wan, Ammar Effendy berjaya mencatatkan keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru baru ini dengan memperoleh 8A 1B dan pastinya ini sesuatu yang harus dibanggakan oleh yang sedang hamilkan anak ketiganya dengan Zain Saidin.

Terbaru, dalam satu temubual bersama media, Rozita Che Wan mendedahkan yang anaknya itu mengimpikan sebuah kereta sport sebagai hadiah di atas kejayaannya meraih 8A dalam SPM dan isteri kepada Zain Saidin itu nampaknya mahu merealisasikan impian anaknya.
Rozita Che Wan ingin menghadiahkan sebuah kereta BMW X6 yang menjadi keinginan anak lelaki kesayangannya itu tetapi perlu ditangguhkan dahulu kerana beliau mahu menyelesaikan urusan membeli kereta untuk dirinya sendiri terlebih dahulu.

Rozita Che Wan dan Zain Saidin merancang untuk membeli sebuah kereta baru yang lebih besar memandangkan Rozita kini sedang hamil & ahli keluarga akan bertambah.

Apa-apa pun, bertuahnya menjadi anak Rozita Che Wan. - ROTIKAYA

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab