Monday 23 March 2015

Luahan hati Aisyah Tajuddin, mohon maaf video perlekeh hudud

Posted By: TTO Admin - 23.3.15


“Saya benar-benar kesal dan memohon maaf,” itu luahan hati penyampai radio BFM, Aisyah Tajuddin yang tampil buat pertama kali selepas dikecam orang ramai apabila video bertajuk ‘Hudud Isi Periuk Nasi’ menjadi viral.

Katanya, dia tiada niat untuk mengherdik dan menghina agama dan kini sedar tindakannya telah menimbulkan kemarahan orang ramai.

Saya benar-benar kesal dan memohon maaf. Saya tidak akan pernah, dalam apa-apa keadaan sekalipun, menghina atau mengutuk agama apatah lagi agama saya sendiri,” dalam satu kenyataan di sini, petang ini.

Menurutnya, objektif sebenar video itu diterbitkan adalah untuk mempersoalkan keutamaan kerajaan PAS Kelantan dan tidak sekalipun berniat menghina Islam.

“€œIa mengenai politik, perkataan, perbuatan ahli politik dan tentunya tidak sekali-kali mengenai agama.

“Bagaimanapun, saya mendapati liputan media berkenaan insiden ini telah mengaburi maksud sebenar yang ingin disampaikan iaitu menggalakkan perbincangan mengenai isu keadaan sosio-ekonomi rakyat Kelantan”, katanya.

Aisyah berkata, sejak video itu tersebar, pelbagai ancaman bunuh dan rogol ditujukan kepadanya termasuk keluarga, rakan sekerja dan rakan lain.

“Ia sangat mendukacitakan. Mengharungi betapa bahayanya ancaman terhadap keselamatan diri ini adalah pengalaman yang buruk dan bukan ciri-ciri Malaysia yang saya tahu.

“€œNamun, saya juga mendapat dokongan dan sokongan daripada pelbagai pihak termasuk rakan dan insan yang tidak saya kenali. Untuk itu, saya sangat bersyukur”€ katanya. - Hmetro

KONGSI

& Komentar

Disclaimer TTO Media

Copyright © 2013 Tengok TV Online™ is a registered trademark.

Designed by Templateism. Powered By Blogger | Published By Pro Templates Lab